Oct 19, 2011

Bahagia Rabu


Soalan di hari Rabu.

apa beza teh tarik dengan teh panas? Taste? Temperature? Tickness?

tadi kat cafe KAED ade seorang foreigner tengah menunggu order. tak lama lepas tu dia dapat 1 mug teh panas kot. then dia cakap kat si pembuat air tu "I want teh tarik", Si pembuat air tu pun sorry kat dia dan ambil semula mug bawak masuk dalam. a few second then si pembuat air tu pun keluar semula dengan mug yang sama tetapi dengan buih yang tinggi. cukup membuat foreigner tu tersenyum dan "thank you". 

nampak tak. betapa happiness pasti datang ber-sebab. tak kira la sebab ape pun. 
jadi kalau saya gembira ade sebab tau!

hiburan tak pasti membahagiakan, tapi kebahagiaan pasti menghiburkan!

Oct 18, 2011

The Sisterhood


For as long as I could remember, on 2009, the 3 of us shared many things all together.
stories...
secret....
laughter...
simple taught....
qoute of wisdom...
even problems...

Together and apart, it was bunch of memory I'm living with. We are growing and every each of us formed one single, complete person @21 years old! 

shy, beutiful eyes, and unstoppable Nolly.
wild, unpredictable, and softhearted Cimot
and me the rebel!

I believed that the sisterhood could survive anything if and only if we are stick strong to hold onto our little faith. Seemed we discuss it many times and for me it remarkable! 
....and the rest we had to learn on our own
How to become ourselves without loosing faith and keep closing to Him.

In the name of Allah The Most Merciful
may Allah bless you always friends. 

I wish that this is enough, I know you worth more than this post Nolly for birthday present.
.:Happy Birthday Nurliana! living here for the hereafter! Ukhwah till jannah.:.

my dear Cimot, be strong okay in everything. You frequently in hard time. Allah will reward you fairly.


**p/s: The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th.

Oct 16, 2011

Homesick..


ade lagi ke belia yang berusia 21 tahun berperangai macam aku? sakit-rumah kot. ntah macam mane la boleh dapat infection ni. 

kalau ikutkan history, aku dah start tinggal diasrama since darjah 6. on that time mak aku hantar masuk asrama so that aku boleh belajar uruskan diri sendiri, manage masa belajar sendiri dan uruskan duit sendiri. sepanjang ingatan aku yang tak seberapa ni memang aku tak pernah okay nak nangis call rumah bagi tau rindu mak bapak. sampai aku heran ada dikalangan kawan2 aku menangis teringatkan keluarga before nak tidur. apasal kot nak feeling lebih2. padahal rumah dekat je dari asrama. kalau ketut pon dengar kot. dasar heartless,  memang aku antara yang tercool la dalam kalangan kawan2.

lepas UPSR, masuk sekolah menengah pulak. alhamdulillah dapat masuk sekolah asrama. SMK Agama Sri Aman Saratok. masa zaman ni pun memang xde lah istilah home-sick ni. masa tingkatan 1 dulu ada sorang classmate aku budak lelaki. tiap-tiap hari dia nangis. masa minggu orentasi aku maafkan la, tapi dah second week pon masih menangis dalam kelas aper kes? aku still ingat kat budak lelaki tu, pelik la..kelas x start lagi tapi muke dah kelam semacam je, bila cikgu dah masuk kelas poon nangis lagi. adoiyai. risau pon ade jugak. oleh sebab budak lagi kan, cikgu pon pujuk2 dia. urut2 blakang, aku pon senyum je. tapikan bila prep malam plak okey la pulak bergurau ngn rakan2 lain. kurang kasih sayang kot. hahaha memang dasar suka cikgu bagi perhatian lebih. haha jahat mengata orang!

masuk tingkatan 2, adik perempuan aku pulak masuk. dia ni dah budak manja. nasib la dia ade kakak yang caring. (ye ker? ye la) dia sangat cepat nak menangis kalau ade program yang sentuh hal keluarga. aku pon camtu jugak tapi adik aku salu over. sabor je la. adik aku selalu la call rumah buat report. lepas call mesti nangis punye. kalau mood aku okay aku layan je dia, kalau tengah serabut aku biar je.haha kesimpulannya aku tak pernah homesick masa zaman sekolah menengah. zaman itu!

jeng-jeng-jeng. masuk pusat asasi pulak, seminggu gua homesick. nangis macam orang histeria tiap2 malam. tapi x pernah kol mak. kalau kol pon x penah nangis. ego jugak la kot. sampai roomates aku mase tu memang risau gile la kan. mane tak nye, nak tido je nangis, tengah dengar talk pon nangis, orang perform dikir barat pon nangis, closing ceremony pon nangis. sampai la genap seminggu aku duduk bilik tu baru la reda sikit, dah boleh gelak2 and buat lawak ngan rumet. that time sikit pon tak teringat ngn rumah dah.

dan malam tadi. entah kenapa? aku rase sangat sunyi. dari aku bangun pagi sampai la ke malam aku boleh kira berapa patah perkataan yang aku sebut. aku yakin kurang dari 120 patah perkataan. cukup2 untuk buat karangan rumusan. keadaan sebegini memang menambahkan lara dihatiku. dah la tak berapa nak sihat kan. memang cepat la sensitive. dan start la aku menangis. rase stress giler dengan keadaan yang sunyi sepi. rumet aku banyak buat kerja sendiri. nyata berbeza la kehidupan aku bersama rumet lama dan baru. tak sama langsung! aku memang jenis yang akan sakit bila kurang bercakap. pelik. aku mesej kat a few kawan2 aku, tetiba datang la Tehah ke bilik aku. Tehah memang gelabah tengok aku nangis macam budak tadi. tak dinafikan masa macam ni la kita perlukan friend as crying shoulder. beriya halau Tehah balik sebab malu buat perangai tadika, padahal memang sangat perlukan seseorang, nasib baik Tehah tu sabar je struggle tahan pintu nak masuk jenguk aku. aku pon kuar bilik dan  nangis bersungguh-sungguh macam budak tak cukup umur. Tehah cool je suruh aku nangis puas-puas tak yah nak malu2. yang lawak nye kurang dari seminit lepas itu aku pun stop nangis immediately dan terus borak-borak macam takde berlaku tadi. kui kui kui lawak. hahaha gelak galak, nangis pun galak. err.

Oct 14, 2011

It is He who cure me

rabu lepas pegi klinik uia. rilek je la pegi sorang-sorang. tahu kalau ajak shima mesti nak je. tapi malas nak kacau beliau. aku tahu dia caring. masa jumpa doktor, beliau tanye how are you?what can i help? jadi bagi tau la flu and cough je dengan suara yang lemah kemalai. then dia tanye demam tak?sience when? i pon bagitau tak demam lagi. 3 days. dia pon terus cek temperature gune tapak tangan dia yang sejuk. suruh nganga mulut, ntah ape dia nak cek.lagi besar, lagi besar. tengok taik gigi ke aper? pastu cek nafas. tulis-tulis sikit kat kad lepas tu DONE!
 
simple kan kerja dia. oleh sebab aku dah bayar yuran jadi manfaatkanlah klinik tu. before that aku ask dia nak mintak umat hormon, then he request me to see female doctor tomorrow. dia pesan lagi makan ubat terus. aku dapat Tab actifed, dextrozine, and lozenges. lepas telan je ubat-ubatan tu terus mengantuk. dalam kelas tilawah pon boleh sentap tidur sambil mengaji. aduhai. lepas tu kelas thermofluid lak memang tahap dewa tertinggi la mengantuk. dah elok sampai  bilik tak nak pulak tidur. apekah?

khamis pulak, memang tak larat nak bangun. subuh roomate yang kejut, kuar je bilik tengok macam dah nak syuruk. dengan berat kepala gagah jugak pergi toilet. sembahyang cepat-cepat pastu terus tidur balek berbalut dengan telekung. syok je tidur, alarm henfon memang lama dah aku derhaka. tengok jam 9.30, miskol ade 2, text  ade berapa ntah. kelas material start 10.00, setengah jam lagi pon sempat lagi nak berkira nak pergi kelas ke tak. try bangun jap kepala pon rase pusing lagi, ape lagi sambung la tidur semula. syana ade call, tapi aku mamai je. dia ajak pergi pc-fair. shima pon call risau aku tak datang kelas. mak aku call tapi aku tak nak angkat sebab takut nangis. pastu text mak cakap dalam kelas. takpe tipu sunat. tak nak parents risau. lepas berehat-rehat panjang aku decide nak pegi kelas calculus pukul 2.00. lagi lama dalam bilik lagi sakit. masa on-the-way pergi tu ade rase nyesal jugak. sebab dah rase lain macam. nak muntah pon ade. nak pengsan pon ade. orang tengok aku lain macam je pergi kelas. siap tegur "ngantuk nye kau anim pergi kelas petang?" wawawawa aku demam la. kalau aku cakap demam mesti dorang TAK PERCAYA. ntah nyer! I don't always have to be so strong all the time kan.

yep, aku tahu sakit ini adalah ujian untuk aku. kali terakhir aku sakit teruk bulan ramadhan lepas. tapi masa tu lagi dahsyat kot. nasib baik kat rumah. sekarang masa sakit baru teringat kat rumah, baru teringat kot-kot mati esok lusa. baru teringat ngan hutang PTPTN yang aku tanggung. hadoi. baru teringat masa sihat. ye la kalau tak sakit kita tak akan tahu dan hargai nikmat sihat. selama ni main pakai je nikmat tu tak ikut syariat. bila dah sakit baru merayu-rayu mintak disembuhkan. ingat lagi kat belakang buku al-ma'thurat dapat masa ta'aruf programme kat asasi pj dolu-dolu. kat situ ade tertulis "sesiapa yang suka Allah mengabulkan doanya ketika dalam kesusahan maka hendaklah ia memperbanyakkan doa ketika berapa dalam kesenangan". Ouch! memang terasa kot.

*untuk pengetahuan jatuh sakit dan jatuh suka kat orang memberi kesan yang berbeza. walaupun dua-duanya jatuh dengan kelajuan gravity.!

Oct 9, 2011

Kamu tak terasa?


well, sama sangat ok dengan my current situation.harap-harap tak hot-hot chicken shit only. bukit convest time..

Oct 3, 2011

Nekad!

bismillah...
idea asal tak nak update blog. tapi dah tertekan new post, so alang-alang dah tersedia, apo lagi. taip!
sekarang dah minggu ke 4 masuk semester. sumpah aku pernah lagi serius belajar sendiri. tak tahu la apa yang aku tengah tunggu. bagi aku sem ni cepat sangat berlalu. dan banyak sangat-sangat benda nak buat. sampai tak sempat nak jalan-jalan kat jalan Tar. tak tau nak celah masa kat mane. busy mengalahkan YB!

adoi~ asal sem ni mid-term exam awal sangat ah? mid break start bulan 11, mid term exam start bulan 10. ayoyoyo pening. aku sorang je ke yang pening nie? esok ada quiz. kompom-kompom tak study lagi. dengan tak faham nye dalam kelas, slide show yang sangat laju, jumlah pelajar yang terlampau ramai, microphone yang kejap ***** dengar *** tak dengar. pas tu senang-senang je lecturer kitaorg mintak kami semua ABSORB slide show dia. haaaaa aku bukan SPONGEBOB yang absorber. ini la antara cabaran-cabaran belajar kan. lain lecturer lain ragam nya. sebagai pelajar yang dedikasi aku berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai GPA 4.00 semester ini. amin.

adoi~ tinggi nye impian. tapi aku tetap rasakan peluang aku ade lagi. dan semua orang  mendapat peluang yang sama. jadi aku sekarang aku nekad nak study sehabis parah untuk semester ini. ayuh kawan-kawan! sama-sama kita menuju kejayaan! nekad!!! bukan naked!

chow dulu, nekad study!