rabu lepas pegi klinik uia. rilek je la pegi sorang-sorang. tahu kalau ajak shima mesti nak je. tapi malas nak kacau beliau. aku tahu dia caring. masa jumpa doktor, beliau tanye how are you?what can i help? jadi bagi tau la flu and cough je dengan suara yang lemah kemalai. then dia tanye demam tak?sience when? i pon bagitau tak demam lagi. 3 days. dia pon terus cek temperature gune tapak tangan dia yang sejuk. suruh nganga mulut, ntah ape dia nak cek.lagi besar, lagi besar. tengok taik gigi ke aper? pastu cek nafas. tulis-tulis sikit kat kad lepas tu DONE!
simple kan kerja dia. oleh sebab aku dah bayar yuran jadi manfaatkanlah klinik tu. before that aku ask dia nak mintak umat hormon, then he request me to see female doctor tomorrow. dia pesan lagi makan ubat terus. aku dapat Tab actifed, dextrozine, and lozenges. lepas telan je ubat-ubatan tu terus mengantuk. dalam kelas tilawah pon boleh sentap tidur sambil mengaji. aduhai. lepas tu kelas thermofluid lak memang tahap dewa tertinggi la mengantuk. dah elok sampai bilik tak nak pulak tidur. apekah? khamis pulak, memang tak larat nak bangun. subuh roomate yang kejut, kuar je bilik tengok macam dah nak syuruk. dengan berat kepala gagah jugak pergi toilet. sembahyang cepat-cepat pastu terus tidur balek berbalut dengan telekung. syok je tidur, alarm henfon memang lama dah aku derhaka. tengok jam 9.30, miskol ade 2, text ade berapa ntah. kelas material start 10.00, setengah jam lagi pon sempat lagi nak berkira nak pergi kelas ke tak. try bangun jap kepala pon rase pusing lagi, ape lagi sambung la tidur semula. syana ade call, tapi aku mamai je. dia ajak pergi pc-fair. shima pon call risau aku tak datang kelas. mak aku call tapi aku tak nak angkat sebab takut nangis. pastu text mak cakap dalam kelas. takpe tipu sunat. tak nak parents risau. lepas berehat-rehat panjang aku decide nak pegi kelas calculus pukul 2.00. lagi lama dalam bilik lagi sakit. masa on-the-way pergi tu ade rase nyesal jugak. sebab dah rase lain macam. nak muntah pon ade. nak pengsan pon ade. orang tengok aku lain macam je pergi kelas. siap tegur "ngantuk nye kau anim pergi kelas petang?" wawawawa aku demam la. kalau aku cakap demam mesti dorang TAK PERCAYA. ntah nyer! I don't always have to be so strong all the time kan.
yep, aku tahu sakit ini adalah ujian untuk aku. kali terakhir aku sakit teruk bulan ramadhan lepas. tapi masa tu lagi dahsyat kot. nasib baik kat rumah. sekarang masa sakit baru teringat kat rumah, baru teringat kot-kot mati esok lusa. baru teringat ngan hutang PTPTN yang aku tanggung. hadoi. baru teringat masa sihat. ye la kalau tak sakit kita tak akan tahu dan hargai nikmat sihat. selama ni main pakai je nikmat tu tak ikut syariat. bila dah sakit baru merayu-rayu mintak disembuhkan. ingat lagi kat belakang buku al-ma'thurat dapat masa ta'aruf programme kat asasi pj dolu-dolu. kat situ ade tertulis "sesiapa yang suka Allah mengabulkan doanya ketika dalam kesusahan maka hendaklah ia memperbanyakkan doa ketika berapa dalam kesenangan". Ouch! memang terasa kot.
*untuk pengetahuan jatuh sakit dan jatuh suka kat orang memberi kesan yang berbeza. walaupun dua-duanya jatuh dengan kelajuan gravity.!
1 comment:
Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa.(Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Post a Comment