Jun 19, 2009

Jom buat Yong Tau Fu


Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 10 tangkai cili kering
  • gula melaka atau kurozato
  • bijan goreng
  • gula(kalau kurang manis)
  • 1 s.k garam
  • 3 cm belacan
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
  • sedikit ajinomoto

Cara-cara

  1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
  3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  4. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
  6. masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama hotdog, kangkung,fish cake dan lain-lain.
berani tanggung cuba la....best!!!

No comments: