Feb 28, 2011

Real Player

Hanim, dah pukul 4.00 pagi ni, tadi dah tidur.
Nak buat apa ah? Aku tanya soalan bodoh kat diri sendiri.

Dey girl!!! Ada peluang tu qiyam la. Nak kata selalu tu, sebulan pun tidak sekali.
Aiseh.....malas ma...

Zaman sekolah menangah dulu Ustaz Zaharudin selalu kata, nanti kat akhirat Allah akan tanya pernah tak buat solat Tahajud, Taubat, Tasbih, Hajat dan solat-solat sunat semua tu? Nanti boleh lah cakap pernah buat kalau kita buat sekarang. Paling tidak sekali seumur hidup.

Masa tu tak ada kesedaran sangat, buat pun main aci buat je sebab program kerohanian sekolah. Ikhlas ada tapi lebih kepada takut dengan warden dan malu kat kawan-kawan. Dulu pernah tanye, kalau dah pernah buat sekali, lepas tu tak buat lagi pun tak pe ye, ustaz?

Dan ustaz pun cakap balik, kalau sudah buat sekali, bagus la tu. Tapi kita tak tahu Allah terima ke tak? Bila dah tahu cara, apa salah nye buat selalu tambah ustaz lagi. Ye tak ye jugak kan? Buat sendiri tak payah tunggu warden hambat baru nak buat. Baru ikhlas nak buat kan?

Dan apabila masuk asasi, lepas tu masuk universiti, baru nak belajar buat qiyam sendiri. Itu pun sebab nak exam. Waktu tu lah dengan khusuk dan tawaduk nya buat qiyam. Ngaaaaaa...PLAYER betul!! Gaya Allah tak tau je ape yang ade dalam hati aku. 

Fake It, Till You Make It. Rasulullah pun pernah kata, ada diantara amal yang kene dipaksa sebelum menjadi darah daging. Yes, I have to paksa diri untuk istiqamah. Betul juga, tak pernah salah untuk seorang hamba itu bersyukur. Macam berchenta, tak perlu ada sebab untuk jatuh cinta. It's just there, just happen.  Lepas nie kalau nak qiyam sepatutnya tak perlu ada sebab-sebab yang khusus. Tanda syukur, tak salah kan

Ngaa.. dahsyat jugak ko nie Hanim bagi tazkirah kat diri sendiri. Cikgu Faridah mesti suka dan buat sujud syukur nie kalau  tahu anak murid@didik@usrah dia buat tazkirah sendiri macam nie.

Feb 27, 2011

Weekend after Midterm

Salam, Salam Sejahtera..

Status: Tengah order nasi putih, tomyam dan telur dadar (banyak tak? ok jeh!)

tetiba teringat, dengan Teka-Teki balak member aku

nombor 1: Kenapa semut jalan-jalan kat padang pasir tak ade kesan tapak kaki?
jawab jangan tak jawab!! cepat la...ok surrender?
Jawapan: Sebab semut tu naik basikal!..

nombor 2: dalam sebuah peti ais, ada banyak semut, 'dia' tahu tanpa membuka peti ais pon. soalannya bagaimana dia tahu?
aku tau jawapan nyer...tapi nak tido jap..haha (cakap jer tak tahu)
haaaaa....nanti cek habaq!

tadi kitaorang pegi proton city! katne tuh?
kat tanjung malim laa..haha semalam aku dan Dayang Nurul Ain Nadzhirah pergi ke UPSI
seje melawat kawan lama kat situ, Hasliza Kamarudin dan Noraini Bidin.
thanks korang sudi terima kita orang!
we were really enjoy our night and day over there.
masuk rumah hantu dan menjerit bagai orang gila,
menghabis kan elaun dan ptptn mcm orang kaya,
beli makanan macam orang puasa,
buat bising dalam bus macam bus tu adik angkat aku yang punya,
gelak kat orang macam muke aku nie lawa gila,
bla bla bla bla

okey makanan aku dah sampai...hurm sodap!
ok gotta go~~

opsssssss lupa jawapan teka teki,
jawapan: 'dia' tahu dalam tue banyak sebab nampak banyak basikal parking kat luar peti ais tue..haha

special thanks to man (grah nyer cousin) (sbb bagi pinjam camera and volunteer jadi mangsa buli)
"abang ahim" (ejot nyer balak)(sbb supply teka teki and sudi hantar kitaorng balik)

p/s: rasa macam tak nak masuk short sem pon ada! boleh tak? sesapa nak join aku?

Feb 25, 2011

Emo Style

Salam~

Sekarang aku menulis kat Cybercafe Mahallah Asiah, UIA.
Sebab laptop aku kat Dayang Nurul Ain Nadzhirah. Rindu la kat my comel lappy.
ape aku nie, taip-taip backspace. taip-taip backspace. nampak sangat tak ade idea!

Kawan-kawan yang emo.....
penah jumpa kan?? heran la dorang nie tak penat ker?
tak penat ke buat muka monyok?
tak penat ke fikir benda yang tak setel-setel yang sebenarnya dorang boleh je solve!
dan tak penat ke buat orang sekeliling pon emo jugak??
aku penat la entertain orang yang emo tak tolerate nie.
nak cakap takut kecil hati. "ko emo-emo nie muke ko dah macam orang tue dah tau tak???!" ambik ko!

tak ape la...dorang penat dorang berenti la..kan kan kan.

setuju la kowt!

kenapa hair style ni named as emo hair cut? emo nak gunting rambut kowt.

emo mcm nie la fenat!
 
.:. aku nak beli motosikal la sem 3 nanti..bukan shortsem,!.. agak-agak budget berapa??

Feb 18, 2011

Orang Sekeliling

waaarrrrkkkk waarrkk wwaaarrrkkk.....aku balik

aku nak balik sarawak

aku nak balik ke kabong

rindu kat family

rindu kat adik2

rindu mak n bapa

waaaaaa waaaaa waaaa

rindu kat mak aji...

tahun lepas kene potong kaki kanan sbb diabetes

dah tumbuh balik ke belom kaki nenek aku tu erk??

man pulak dah besar mane ek?? tahun ni masuk darjah 2

dah pandai ke membaca tanpa mengaja

dulu pandai buat teka teki je..

nanti kakak balik ajar ngaji ea....JANJI!

akim selalu kena angkut air

mst tiap-tiap hari kene bebel ngan cik kiah.

akim THANK YOU tolong mak!

nanti aku balik upah hotdog sebungkus!

muner? bosan la ngan ko!

ko x reti-reti nak insaf

aku ajar addmath ko dah tau

ape yang ko x tau?

anyway aku memang rindu gilo sama kamu.

nanti kita pegi main badminton lagi ok!

tak sabar nak join kau buli akim dan man

mimi..masalah ko dah setel lom??

selalu2 la balik umah

blaja elok-elok, nanti keje tolong aku ok!

ada duit lebih anta-anta kat sini gak..

mak..ooooooooo mak!

rindu, tapi lama dah kol

aku exam la mak..doakan yeah!

nak makan ikan steam...yummy

nanti aku balik simpan ikan banyak-banyka tau.

i love u mak...

bapak aku...dah berus gigi tak??

aku rasa tahun 2011 nie tak penah lagi..

dah agak dah...memang ye baru tanye tadi..

macam budak-budak kan...

bawak kereta baru hati-hati

nanti balik nak pinjam boleh??

waaa waaa waaa nak makan durian..

nanti kita bedal sama-sama ok..

ok...aku dah beli tiket balik 10/4/2011. see you guys soon!

mmmmmmmuuuuuuuuuuuaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhh!!!

Feb 17, 2011

Tastes....

I wake up every evening,
with a big smile on my face

Truth be told I miss you
And truth be told I'm lying

You can look me in the eyes
With that sad sad look that I wear so well

Feb 16, 2011

Pick any title you like..

Salam.. i have a story to story with you all.

It all began when we planned to go for outing. for? for random activities. everyone does it oke! we rent a ViVa with RM6 per hour. FYI we here to play a kite hahaha since we already have one, which we bought during previous outing. Childish yes?
well who knows..."that random" turned to something awesome! ermmm.. "Random Awesome"...yeah!

i SMILE a lot,
i LAUGH happier,
i LOVE what we done,
i don't know what is up with me?
coz i just finished all my exams recently maybe.


lets pic tell the story. happy?
the setting:
venue: bukit kepong
time: 6.00 pm-7.30pm

my friends and i
with my green shirt on
and thier confident free style
to watch something random
and the rest.........is history!









Feb 6, 2011

Calculus 2

Assalamualaikum....salam Sejahtera

Dengan bangge nye aku nak bgtau aku baru start revision CALCULUS 2. Giler x?? tau xpe?? padahal exam weekend nie! ye aku x tipu.. kesimpulan nye terpaksala aku cramp kan semua subtopic within miggu nie...Selamat Berjaya..Good Luck!.."Nasib Baik"

Teringat plak dengan words Tutor Sleu aku...katenye..

  • org yg dapat A = paham keseluruhan course, tiada kelasahan..eit kesalahan...

  • org yg dapat A- = paham la jugak...tapi banyak careless mistakes here and there...

  • ory yg dapat B+B-B= paham tapi avarege dalam keseluruhan..normal.

  • org yg dapat C= huih x nak citer..ngeri...erm dlm erti kata lain, mgkn ssh ckit nk paham calculus yg seterusnya.

Bagi aku cuak jer. Tapi tue semua pendapat die..aku punye pndpat plak...

1- xyah nak dop pikir dpt brpa sem lps...tue history..huis basi
2- yg penting tanam minat, baja jgn lupe..baru dpt hasil yg awoseme! baja mksdnya study la..
3- dah tau lambat ckit lam kelas xyah kecoh salahkan lect..dah la x phm, dpt plak dose mngmpt. anim2
100- buat la ape2 yg mendatangkn faedah..

nie aku nak ingtkan aku sendiri, cek aku dah cover x stakat yang kuar midterm???

1. Calculate the tangents, area, arc length and surface area of curves defined by parametric equations and curves defined by polar coordinates.

2. Apply vectors to describe geometric representations of lines, planes and surfaces in space; and sketch level curves and graphs of functions of two variables as well as identify their graphical representation.

3. Evaluate for a function of several variables: (i) the domain, (ii) the range (iii) the limit, (iv) the continuity, (v) partial derivatives.

sir Jamal kate "partial derivatives x masuk oke. sampai limit n continuity jer, ingat tu" sir berbahasa moloyu.

haha amenda la sume nie.. ok chow lu nak tengok 'amende-la-sume-nie'..

Feb 5, 2011

Krisis Darurat Di Mesir - Mengapa dan Bagaimana?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya tidak mampu untuk membantu mereka di sana, tapi apa yang saya mampu buat di sini ialah berkongsi untuk kita semua tahu tentang apa yang sebenarnya terjadi di sana. Moga dengan pengetahuan ini kita akan dapat bersama-sama mendoakan kesejahteraan mereka di sana.


Mengapa Berlakunya Krisis Darurat di Mesir?
Bermulanya Revolusi di Tunisia yang menggulingkan Presiden Zine el-Abidine Ben Ali kerana masalah korupsi yang melampau. Kejayaan Rakyat Tunisia ini telah menyuntik semangat kepada Rakyat Mesir untuk menggulingkan Kerajaan Hosni Mubarak yang juga sangat korup. Kita juga sedia maklum yang Kerajaan Mesir lebih pro kepada zionis dan sering menghalang bantuan ke Palestin walaupun sesama Islam.

Bertitik tolak daripada kejadian Mohammed Bouazizi, seorang rakyat Tunisia yang membakar diri akibat tidak tahan dengan korupsi dalam kerajaan Presiden Zine el-Abidine Ben Ali, walaupun beliau melaporkan masalah beliau kekejaman terhadap beliau kepada kerajaan, namun ia langsung tidak diendahkan dan kekejaman makin berleluasa dan yang miskin terus ditindas dan yang kaya terus dipuja. Akhirnya, beliau pada 17 Disember 2010, telah membakar dirinya sendiri tanda protes kepada kezaliman dan kekejaman Kerajaan sedia ada. Kematian beliau telah menyebabkan kemarahan dan membangkitkan semangat golongan bawahan untuk membela nasib mereka sehingga kerajaan Presiden Zine el-Abidine Ben Ali lumpuh dan beliau terpaksa melarikan diri daripada Tunisia.

Di mesir pula, 2 orang membakar diri di depan bangunan parlimen Mesir di sebabkan tekanan kehidupan di mesir dengan kadar pengangguran dan pendapatan rakyat miskin yg sangat rendah. Berbeza dgn golongan2 kaya yg makin meningkat pendapatan mereka.
Akibatnya, rusuhan dan demonstrasi untuk meminta Kerajaan pimpinan Hosni Mubarak berundur dilakukan. Namun Hosni Mubarak tetap berdiam sehinggalah keadaan menjadi makin parah selepas 3 hari dan telah mengakibatkan 35 orang terbunuh

Selasa, 25 Jan 2011
- Rakyat Mesir mulai bangun untuk memprotes kerajaan. Bermulanya "Hari Kebangkitan Kemarahan" (Day of rage).

Rabu, 26 Jan 2011
- Protes berterusan masuk hari kedua.

Khamis, 27 Jan 2011
- Mesir menutup rangkaian sosial (twitter, facebook) melalui penutupan internet dan sistem telekomunikasi. Semua telefon, internet, mesin ATM langsung tidak boleh digunakan.

Jumaat, 28 Jan 2011
- Ketua Menteri Mesir, Mubarak mengumumkan akan menubuhkan kerajaan yang baru. Berlakulah "power of void". Negara yang tiada pemimpin.

Sabtu, 29 Jan 2011
- Penggunaan radio (morse code) membantu Mesir berhubung dengan dunia luar

Ahad, 30 Jan 2011
- Stesen TV, Al Jazeera ditutup.
- Kedutaan US di Cairo meminta warga amerika untuk tinggalkan Mesir
- Hillary Clinton meminta Mesir menghala ke arah demokrasi.



Akibatnya?
1. Huru-hara dan rusuhan hampir di seluruh Mesir menyebabkan keadaan tidak selamat dan hampir melumpuhkan segala aktiviti di Mesir.

2. Kemudahan internet, telefon dan komunikasi terputus dan diblok. Pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi dan berita serta perkembangan terbaru keadaan di Mesir agak terbatas.

3. 6000 banduan melepaskan diri daripada penjara dan ada di antara mereka menyamar dengan berpakaian polis dan siap bersenjata. Satu ancaman yang cukup membahayakan orang awam.

4. Apabila berlakunya darurat, maka sudah tentu akan berlakunya krisis makanan. Ada di antara pelajar Malaysia di sana yang dikatakan bekalan makanan mereka hanya mencukupi untuk 3 hari. Seterusnya bagaimana mereka akan terus hidup jika dibiarkan sahaja di sana berkurung di rumah hanya menghitung masa dan waktu.

5. Tambang untuk pulang ke Malaysia sudah naik 7x ganda dan belum tentu pun boleh terbang pulang. Jalan-jalan ke airport penuh dengan samseng jalanan dalam usaha mereka untuk merompak dan memeras ugut orang awam.

6. Menurut masyarakat arab di sana, sumber: Suffian Sani (terkandas di Mansurah), dilaporkan oleh: Azizi Al Fahri (baru tiba di KLIA). Jika dalam masa empat hari, iaitu sampai 2/2/2011 ini, jika Hosni Mubarak tidak turun juga, mereka akan melancarkan peperangan civil. Nauzubulillah.

7. Paling sedih lagi, seorang pelajar perempuan malaysia di Iskandariah telah dirogol, maklumat diperoleh dari "Ummi Medic Mesir". Bayangkan kalau ahli keluarga anda yang terlibat. Jadi marilah kita mendoakan kesejahteraan dan keselamatan mereka.


Apa yang kita boleh buat?
1. Buat solat hajat dan mendoakan keselamatan rakyat Mesir dan rakyat Malaysia terutamanya pelajar Malaysia di sana.
2. Menulis dan menceritakan kepada sahabat kita. Nak copy paste daripada sini pun boleh.
3. Kongsi berita ini bersama rakan-rakan lain, sama ada melalui tweeter, Facebook, email. Biarkan masyarakat kita sedar dan sama-sama berusaha membantu rakyat Malaysia dan Mesir di sana. Jom kongsi

Feb 4, 2011

Whatever Happens, Happens for a Reason

Salam sejahtera~

serius kes di Mesir..bimbang dengan keselamatan rakan-rakan di Mesir.
kehilangan mereka merugikan modal insan negara..kerana mereka intelek
negara. menyelamatkan mereka merupakan pelaburan insaniah.


aku risau lagi...entah sape2 yg aku risau
aduh risau nye...sbb ape??
risau sangat2 nie..
sbb mereka saudara semuslim aku..
Ya Allah hanya padaMu aku sembah dah memohon pertolongan


bila difirkan lagi perjuangan mereka (rakyat mesir) sangat mengagumkan.
mereka berani keluar, lantang bersuara menuntut hak mereka..
malaysia mmg makmur, kita selamat, tapi selamatkah kita 'nanti'??
banyak yang perlu diperbetulkan, baik poltik, baik undang2.. nie aku lagi risau

nampak segala kelemahan, malah dikaji, dipelajari dan diskori (btol ke) dlm exam..

ttp x pernah nak amal..

kagum lah
kagum sangat2 dengan keberanian mereka..
kita bila lagi??

jom2
jom makan..lapor..hahaha

2011 @ 21 Tahun hah?

salam sejahtera..

hahahaha my first entry of the year
Happy Hijrah New Year
Happy Masihi New Year
Happy Chinese New Year

haha
hahaha
hahahaha

almost 1 year..