Nak buat apa ah? Aku tanya soalan bodoh kat diri sendiri.
Dey girl!!! Ada peluang tu qiyam la. Nak kata selalu tu, sebulan pun tidak sekali.
Aiseh.....malas ma...
Zaman sekolah menangah dulu Ustaz Zaharudin selalu kata, nanti kat akhirat Allah akan tanya pernah tak buat solat Tahajud, Taubat, Tasbih, Hajat dan solat-solat sunat semua tu? Nanti boleh lah cakap pernah buat kalau kita buat sekarang. Paling tidak sekali seumur hidup.
Masa tu tak ada kesedaran sangat, buat pun main aci buat je sebab program kerohanian sekolah. Ikhlas ada tapi lebih kepada takut dengan warden dan malu kat kawan-kawan. Dulu pernah tanye, kalau dah pernah buat sekali, lepas tu tak buat lagi pun tak pe ye, ustaz?
Dan ustaz pun cakap balik, kalau sudah buat sekali, bagus la tu. Tapi kita tak tahu Allah terima ke tak? Bila dah tahu cara, apa salah nye buat selalu tambah ustaz lagi. Ye tak ye jugak kan? Buat sendiri tak payah tunggu warden hambat baru nak buat. Baru ikhlas nak buat kan?
Dan apabila masuk asasi, lepas tu masuk universiti, baru nak belajar buat qiyam sendiri. Itu pun sebab nak exam. Waktu tu lah dengan khusuk dan tawaduk nya buat qiyam. Ngaaaaaa...PLAYER betul!! Gaya Allah tak tau je ape yang ade dalam hati aku.
Fake It, Till You Make It. Rasulullah pun pernah kata, ada diantara amal yang kene dipaksa sebelum menjadi darah daging. Yes, I have to paksa diri untuk istiqamah. Betul juga, tak pernah salah untuk seorang hamba itu bersyukur. Macam berchenta, tak perlu ada sebab untuk jatuh cinta. It's just there, just happen. Lepas nie kalau nak qiyam sepatutnya tak perlu ada sebab-sebab yang khusus. Tanda syukur, tak salah kan.
Ngaa.. dahsyat jugak ko nie Hanim bagi tazkirah kat diri sendiri. Cikgu Faridah mesti suka dan buat sujud syukur nie kalau tahu anak murid@didik@usrah dia buat tazkirah sendiri macam nie.
2 comments:
Salam..
alhamdulillah, ank kelahiran asas, berik tazkirah ari 2k..hehehe
neway,
sblm ikhlas wjd, kita kena paksa diri..lama-lama
insyAllah, ikhlas akn wjd dlm diri..
Allah x memandag pd hasil, tp Allah mmndg pada usaha kita..~sekadar pandangan
semga terus istiqamah :)
tqvm mas, aku dalam proses memaksa diri untuk membuat amalan sunat, mintak2 diterima. selamat berjaya dunia akhirat.
Post a Comment