Salam...
Hari ini aku bangun sebab aku dah tukar alarm aku dengan nasyid..It works you know.
Mula dari hari ini, bermula lah minggu exam. Gembira sebab petanda nak start cuti, Takut sebab banyak subjek/topics tak cover lagi. Semua orang (student UIA) sekarang nie tengah dalam study mode, aku pulak tak rase apa-apa pon. Kenapakah? Masih kurang rasa gementar. Ini sangat bahaya. Aku kena lakukan sesuatu demi masa depan. Aku rasa nak mulakan dengan menyediakan tempat yang sangat kondusif untuk belajar. Aku akan korbankan petang aku dengan mengemas compartment dulu. Bagi wangi bagi bersih dan berseri-seri. OK-ok dah tak sabar nak mulakan nie.
Lepas tu nak buat ape ek? Ting! Haaaa! aku nak buat study plan aku. Nak pergi berperang kena lah ada strategi. Common sense kot! Memang, tapi ramai yang tak buat termasuk aku yang baru je nak buat. Antara strategi lain, aku nak kurangkan FACEBOOKING, BLOGING and CHATTING with roomate. Kalo start 3 benda nie alamat nya 2 jam kompom burn yang mane bersamaan dengan masa nak habiskan satu chapter CALCULUS. Lupa pulak yang paling penting kurangkan tidur yang sesuka hati je nak masuk line.
Apa lagi? Tempat dah setting baek punye, time managment dah buat dan last sekali perbaiki hubungan cinta dengan Allah. Ye aku nak per-banyak-banyak-banyak-banyak-kan yang sunat. Semua orang tau, kalau dah minggu exam nie sunat ape lagi yang glamor kalo tak sunat Hajat. kan kan kan. Memang Real Player. Kalo boleh istiqamah lagi baik. Baru exam study circle semalam, banyak dah belajar tentang ISTIQAMAH. Itu la kalau belajar sebab nak exam memang rugi bila tak praktik-kan. Selain hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia pun kena jaga gak. Dengan roomate, classmate, unimate. semua lah.
Setakat ni je otak aku boleh fikir. Teruk tak? Rase nya aku akan menge-POST lagi selepas habis semua exam. Paper yang terakhir Calc II pada 9/4/2011. Doakan kejayaan aku dan rakan-rakanku sekalian.
Paper Date
BM 31/3/2011
Programming 04/4/2011
Dynamics 05/4/2011
Electronics 06/4/2011
Calculus II 09/4/2011
Home-Sweet-Home 10/4/2011
p/s: paper memang berderet. tak ape semua orang begitu. tak sabar nak balik.
8. Dan diantara manusia ada yang berkata "Kami beriman kepada Allah dan hari akhirat," padahal sesungguhnya mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman.
9. Mereka menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanyalah menipu diri mereka sendiri tanpa mereka sedari.
10. Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambah penyakit nya it; dan mereka mendapat azab yang pedih, kerana mereka berdusta.
11. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Jangan lah berbuat kerosakan di Bumi!" Mereka menjawab, "Sesungguhnya kami justeru orang-orang yang melakukan perbaikan".
12. Ingatlah, sesungguhnya merekalah yang berbuat kerosakan, tetapi mereka tidak menyedari.
Al-Baqarah 8-12
No comments:
Post a Comment