Mar 2, 2011

Secomel Cupcakes

Salam, selamat sejahtera..

tetiba teringin nak makan cucakes! sedap nye...mengidam ke cek kak oi? haha gua tak pregnant lah. 

tetiba terasa nak belajar buat cupcakes...best nye kalau pandai, sejuk perut cik kiah mengandung.

tetiba terfikir nak bisness cupcakes..dah dah dah real areniem is talking about business dah...ape salahnye kan, memanfaatkan cuti semester.

tetiba nak cari resepi cupcakes pulak...nie saya share kat bawah..selamat mencuba!

tetiba rasa nak balik try resepi kat rumah. sabar-sabar *urut dada*





CUPCAKE.

Pecahkan 6 biji telur ke dalam mangkuk (asingkan putih telur dan kuning telur).

Pukul putih telur hingga kembang (jangan ada yang masih tak kembang tau)

Then, timbang butter (300gm) dan gula caster (300gm) lalu masukkan ke dalam mangkuk baru.

Pukul hingga kembang.

Then masukkan kuning telur sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk butter dan gula tu.

Pastu letak 1 teaspoon vanilla essence (semasa adunan masih lagi dipukul)

Then, ayak tepung (220gm) dalam bekas yang lain bersama 1/2 teaspoon baking powder dua kali.

Masukkan tepung ke dalam adunan tadi.

Gaul adunan tadi menggunakan senduk biasa hingga sebati.
Masukkan telur putih sedikit demi sedikit.

Pastu boleh masukkan ke dalam paper cup.

Panaskan oven (160 degrees) selama 10 minit.

Kemudian bakar selama 15 minit.

Dah siap.


ICING.

Timbang gula icing (450gm) dan shortening atau lemak sayuran (200gm).

Pukul kedua-keduanya hingga sebati. Campur sedikit air.

Dah siap.

p/s: mimi jom join venture aku try wat cupcakes, then leh jual sama-sama.

No comments: